_masih merindui_
assalamualaikumm...
hari ni (28/02/12) hari ketiga toki meninggalkan kami semua. Rindu serindu rindunya. Sekarang, kami tengah berbual2, cakap pasal tokki. mengubati kerindui pada yang sudah pergi. Hari ni kemas bilik tokki, masukkan balik barang2 tokki yang kami letak kat bilik aku. Sebab bilik tokki guna untuk mandi jenazah ari tu. Belek2 balik barang lama tokki yang kami semua x pernah tahu. Kagum skejab dengan ketelitian arwah simpan barang2 dia.
7 hari kematian, arwah masih ada dalam rumah kata mak aku. Mesti sekarang arwah tengah perhati kita orang semua.. ;) semoga tokki tahu yang kita orang semua rindukan dia, sayangkan dia. Kelmarin mak tunjuk gambar lama tokki ngan arwah tokwan, haha sweet giler walaupun gambar lama tapi tokki tetap hensem. Aku nk tengok sangat gambar2 lama tu tapi arwah x pernah tunjuk. Ada gak gambar Su Na, arwah mak sedare aku y mase tu baru 12 tahun. Dulu, mk aku cite tokki sampai nangis tiap kali tengok gambar Su Na yang meninggal masa umur 12 tahun. Tersenyum aku dengar yelah tokki langsung x pernah nangis depan kitaorang. Tak tahu macam mana dia nak hadapi kerinduan dia pada arwah isteri dan anak bongsu dia keseorangan.
Sekarang, arwah dah bahagia bersama abah, tokwan dan Su Na di alam sana. Kami yang masih hidup cuma mampu sedekahkah kalungan doa dan yassin buat mereka yang kami cintai. Aku tak sempat bersama su na sebab dia meninggal sbelum aku lahir, tokwan plok aku masa kecik lagi. tak faham erti kematian. Masa arwah abah zul, aku darjah 2. masa tu aku dah faham sikit2, masa arwah meninggal pun aku ada sekali dengan mak, arwah tokki kat sisi arwah. Kata2 abah supaya aku jaga mak, kimi dan semua masih aku ingat sampai sekarang walaupun masa tu aku masih blum matang. Semua tu aku akan buat selama aku masih hidup.
dan tokki.... alhamdulillah, kami semua adik beradik, anak2 toki semua ada masa arwah menghembuskan nafas yang terakhir. Kebetulan aku, abang ngan kakak aku balik ke kg hari tu. Tokki meninggal sejurus anak lelaki dia iaitu ayah ngah aku dan cucu dia, wanie sampai kerumah. Sebab dia nak tengok sangat ayah ngah anak beranak sebelum arwah meninggal. Pendek kata semuanya ada disisi arwah masa arwah meninggal. Takdir tu buat kami semua bersyukur sangat. Sangat2! Syukur ya Allah.........
semoga Kau limpahkan rahmat yang tak terhingga buat insan2 kesayangan ku. Semoga mereka ditempatkan di syurga firdausi.. semoga semua dosa2 mereka diampunkan. Semoga kami semua dapat bertemu kembali di alam akhirat sana.. amin

Comments
Post a Comment