_Salam perpisahan, tokki...._
Assalamualaikum.....
Tak tahu nak cerita macam mana.. susahnya nak terima pemergiaan insan yang aku sangat sayangi ini. Haji Embong Bin Yusof. Toki ku yang 19 tahun bersamaku, hidup bersama keluargaku sudah kembali kerahmatullah pagi semalam(25/02/12) kerana lelah. Demi Allah, terkilannya rasa sebab tak sempat nak tatap muka dia lama2. Aku sampai dari bangi ke kijal pukul 3.30 pagi sabtu. Masa sampai kat umah, smua tido kat luar teman toki. Masa tu keadaan dia dh x berapa ok. Dia tengok aku tapi langsung tak bagi respon. Sayu tengok muka dia masa tu. Sebelum ni dia pernah masuk hospital sebab sakit yang sama. Masa tu dekat 2 minggu jugak terpaksa duk hospital sebab keadaan teruk sangat.
Ramai yang mari melawat kate toki x lama. Nampak dah tanda-tanda nak pergi tap alhamdulillah, Allah 'pinjamkan' toki setahun lagi untuk kta orang sekeluarga. Aku terkilan sebab tak sempat cakap dengan arwah, nak tolong arwah masa sakit tapi hati aku gembira skit bila toki puji aku jaga dia masa sakit dulu.. :)
aHHHH.. xtahulah macam mana umah aku lepas ni. 19 TAHUN aku hidup dengan dia tak pernah jauh kecuali masa dia pegi haji, umrah ngan terpaksa duk hospital. Arwah sangat garang ble anak-anak cucu da tak dengar kate. X sembahyang, lewat sembahyang, balik umah lewat, x belajar.. Semua bebelan dia terngia-ngia kat telinga aku. Arwah dengan mto modenas dia. Aktiviti dia pagi2 beli surat khabar, kejut ak bngun tido lau lwat sangat bngun. Mcam mana lepas ni ? Baru kali ni aku terpaksa jauh ngan kuarga sebab study sebelum ni duk umh je. Terpisahnya kami bukan sementara tapi selama-lamanya. Aku harap aku boleh time ketiadaan dia kat umah ni.
Masa dia meninggal, dia tengah tidur.. pukul 7 pagi hari sabtu baru dia tidur. Aku tido tepi dia sebab aku takut dia ada apa2. Sebelum tu dia gelisah. Mungkin dah tahu dia akan pergi. Tak tahu r tapi aku sendiri macam rasa yang dia akan pergi. Dalam bas, kat hstel, masa test. Aku fikirkan arwah je. Aku nak tido tepi dia, dengar dia nafas yang mungkin untuk kali terakhir. Pukul 9@9.30, ayah ngah, che ngah ngan wanie mari umah nak tengok toki. Sume y tido masa tu bangun. Kita orang borak2 kejab pastu aku paling tengok toki. Dia tido mengiring kesebelah kanan. Aku nampak macam dia tarik nafas 2 kali. Panjang. aku ingat dia lelah, aku senyapkan je. Pastu adik ak yang keempat tanya, asal tki x gerak. Semua gelabah. Badan toki dah x bergerak langsung.
Semua duk rapat dengan arwah, cuba sedarkan dia sebab masa tu dia masih bernyawa. Nadi dia masih ada, nadi kat tengkuk dia pun aku tengok masih bergerak laju. Che ngah ajar toki mengucap sebab mak dah nangis. Aku duk atas kepala toki, aku pun nk ajar tapi suara aku tak kluar. Aku sesak nafas tengok toki yang aku sayang macam tu.
Che ngah pegang kat halkum toki pastu dia kate macam de benda lalu. Macam nyawa dah ditarik keatas. Masa tu jugak toki xde. Toki dah xde........ Semua menangis. Masing2 cepat2 kemas ruang tamu dengan tilam semua ada kat situ. Ak nk meraung tapi aku rasa macam toki aku masih hidup, belum mati.. Lepas tu ayah ngah kiamkan toki n tutup seluruh badan toki ngan selimut. Masa tu baru aku percaya toki aku dah xde..
Masa nak mandikan arwah, adik aku kate ada peluh kat badan toki. Sorang ustaz yang mandikan toki aku tu cakap yang peluh ni petanda baik. Maksudnya banyak amal jariah yang arwah buat masa hidup dia. Allahualam.. Tapi memang betul, toki baik sangat dengan adik aku yang last tu. Dia xde ayah, anak yatim abah tiri aku Zulkifle dah xde. Sebab tu toki sayang sangat kat dia. Nak playstion arwah beli, nak basikal fixie dia beli. mcam2. Dia manjakan sangat adik aku sorang tu sampai nak g sekolah sndri ngan basikal pun toki x bagi. Dia sanggup ambil,antar untuk kimi. Tapi x brmkna kita orang y lima lagi ni arwah x sayang, smua ada untuk kami berenam. tapi ak x pasti apa yang arwah nak bagi. Banyak yang arwah buat untuk aku adik beradik sampai aku rasa macam penuh dengan kesenangan walaupun x dilimpahi emas, permata.
dari kecik dia jaga kami adik beradik, degil, nakal kami dia yang hadap sebab mak kerja. Dia lebih dari seorang toki. Aku sayang sangat dekat dia. Walaupun mk ngan abh ak dah cerai tapi dengan adanya arwah, tak terasa langsung kekurangan tu. Alhamdulillah, semuanya sempurna dan mudah masa uruskan jenazah. Meninggal pun dalam keadaan yang baik, senang.
X sempat aku nak berbakti pada toki. Nak bagi apa yang dia dah bagi pada kami selama dia hidup. Semga Allah cucuri rahmat keatas rohnya. Semoga toki ditempatkan bersama tokwa, abah zul (abah tiriku), ibu saudaraku Su Na dan seluruh umat islamNya yang telah meninggal dunia di syurga firdausi.
Semoga kami semua dapat berjumpa disana. Semoga aku bermimpikan arwah. Aku harap sangat sebab ak terlalu rindukan arwah.. Terlalu cepat dia pergi,
alfatihah toki.... acik sayang toki dunia akhirat :)

Comments
Post a Comment