W A N I T A_T E R H E B A T wanitakesayangankami

Dia wanita terhebat..wanita yang penuh kelembutan, kecantikan dan keperibadian yang mulia...
Dengan tulang empat keratnya, dia menjaga aku dan semua adik beradikku sehingga kami tak terasa ketiadaan seorang abah disisi..

Dia wanita terhebat.. Wanita cekal, penyayang dan penuh ketegasan..
Kami berjaya sehingga hari ni kerana dia, kerana semua usahanya yang ingin melihat kami berjaya...

Dia wanita terhebat.. Wanita yang suka berjenaka, menyindir dalam memberi nasihat, dan yang teristimewa di hati kami...
Aku tak mungkin dapat hidup tanpa dia disisi, aku mungkin akan mati andai dia menangis, aku juga mungkin akan menyesal andai dia terluka walau segaris..
Tiada kata yang mampu ungkapkan rasa sayang kami pada dia...
Tiada lagu yang dapat menandingi keindahan kasih sayangnya kepada kami..
Tiada lautan yang seluas cinta kami padanya..
Tiada juga angin yang lembut menyapa hati kami selain belaian dan kasih sayangnya pada kami..

Firman Allah lagi dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud

“Dan kami telah wasiatkan kepada manusia tentang dua ibu bapanya (yang mana ) ibunya telah mengandungkannya di dalam keadaan kelemahan atas kelemahan dan (tempoh ) bercerai (susunya) di dalam jangkamasa 2 tahun bahawa hendaklah kamu semua bersyukur kepadaku (Allah ) dan kepada kedua ibu bapa dan kepada Akulah (Allah ) tempat kembali.”



Kisah pedoman


Alqamah adalah seorang sahabat nabi yang salih dan kuat beribadat.Dengan takdir Allah pada suatu hari beliau jatuh sakit dan ada tanda-tanda yang beliau akan akan meninggal dunia.Hadirin yang menziarahinya telah mengajarnya kalimah syahadah,tetapi alangkah terperanjatnya kerana Alqamah tidak dapat mengucapkannya dan mulutnya seolah-olah terkunci.Melihatkan kepada keadaan yang cemas ini seorang sahabat telah datang menemui Rasulullah sambil berkata “binasalah Alqamah wahai Rasulullah.Beliau sekarang hampir menemui Allah tetapi tidak dapat mengucapkan syahadah walaupun kami mengajarnya.”Rasulullah segera pergi untuk melihat keadaan Alqamah.Baginda bersabda, “siapakah Alqamah di sisi kamu sekelian?”Hadirin serentak menjawab, “kami tidak mengetahuinya melainkan kebaikan ya Rasulullah.Beliau ialah seorang yang rajin bersolat,berpuasa dan membaca Al Quran.”Rasulullah kemudiannya bersabda, “Adakah Alqamah masih mempunyai ibu?”Jawab orang ramai, “Ada wahai Rasulullah.Tetapi baru-baru ini ibunya berkecil hati dengannya.”Kemudian Rasulullah bersabda, “panggillah ibunya ke mari”Lalu Sayidina Ali pun pergi memanggil ibunya dan berkata, “Wahai ibu Alqamah,sesungguhnya Rasulullah memanggil kamu datang dan sekiranya kamu enggan maka Rasulullah sendiri akan datang menemui kamu”Mendengar yang tersebut ibu Alqamah berkata, “Akulah yang terlebih utama datang kepada Rasulullah daripada baginda datang kepada aku.”Setelah beliau sampai Rasulullah pun bersabda, “Wahai ibu Alqamah,hendaklah engkau memaafkan anakmu kerana jikalau engkau tidak memaafkannya dia akan binasa.Sanggupkah kau melihat anakmu dibakar oleh api neraka?”Ibunya berkata, “Tidak wahai Rasulullah aku tidak sekali-kali akan memaafkannya kerana apa yang dilakukannya sungguh membuatkan aku marah dan kecewa”Akhirnya Rasulullah memerintahkan para sahabat mengumpulkan kayu api sambil berkata, “Jika engkau tidak mahu memaafkannya kami akan membakarnya hidup-hidup supaya dia terlepas dari kesusahan di hari akhirat.”Mendengar kata-kata Rasulullah itu maka ibu Alqamah akhirnya berkata, “Wahai Rasulullah janganlah engkau membakarnya.Walaupun daku sangat marah kepadanya tetapi aku tidak sampai hati melihatnya dibakar di hadapan mataku.Saksikanlah sesungguhnya aku telah memaafkannya walau sebesar mana pun dosanya kepadaku.”Sebaik sahaja beliau berkata demikian,maka Rasulullah pun memerintahkan para sahabat supaya melihat Alqamah dan didapati Alqamah dapat mengucapkan syahadah dengan fasih dan lancar dan akhirnya beliau pun meninggal dunia.Selepas itu Rasulullah pun menyampai khutbah kepada orang ramai mengingatkan mereka tentang hak-hak ibu bapa.Baginda bersabda, “Sesungguhnya keredaan Allah adalah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah terletak pada kemurkaan ibu bapa.


p/s : Selamat hari ibu buat ibuku yang tercinta Zubaidah Embong dan selamat hari bapa juga untuk abahku yang tersayang Norazahar Mohd Amin.. Semoga Allah memanjangkan usia dan memberikan kesihatan yang baik untuk kedua-dua ibu bapaku.. Selamat hari ibu dan bapa untuk semua ibubapa didunia... Assalamualaikum :)


Comments

Popular Posts