End of Sem 3
Assalamualaikum...;) May Allah bless all of us
Perghhh !! Akhirnya abis jugak sem ni dengan jayanya. Huhu... hari selasa lepas last paper, subject yang mampu membuatkan aku bermati matian study. Tapi, Allhamdulillah dapat jawab ngan baik and yakin. Tggu result jelah macam mana pun nanti..
Sem tiga... agak haru haru jugak hidup kita orang. Kita orang tu bermaksud housemate2 aku :) First week masuk kolej, masuk rumah sewa. Kita orang dah kena maki dengan jiran. Hahaha.. malu weh ! Serius wa cakap. KiSAHnya kita orang selebrate bufday Ika. Kali pertama buat kerja budak nakal memang jadi pengajaran yang hanya 'sementara'. Budak2 rumah aku (+ ngan aku sekalilah) ni degil sikit. Lagi orang marah, lagi dia nak naikkan hangin orang2 tua tu. Kita orang main tepung masa tu pukul 12 malam. Tapi rasa macam lebih dari pukul 12 kot. Excited punya pasal nak mengenokan budak Ika tu, kita orang main sambil jerit2. Separuh minit pertama memang dengar suara kita orang je, separuh minit terakhir dengarlah laungan maha dahsyat dari rumah jiran depan. Mak aii, sepantas kilat kita orang terdiam. Lepas suara tu diam, kita orang boleh pulak sambung main. Memang tempah malu lah bila minit2 terakhir, pakcik tu datang dengan berkain pelikat bak laksamana hang tuah datang umah kitaorang. Tahu apa jadi lepas tu ? Pfttt !! Tak cukup tanah kita orang berlari masuk rumah dengan tepung yang penuh kat lantai ngan muka. Hampir2 terjatuh kot locin punya pasal.
Okay, kita orang dah selamat dah dalam rumah tu bila pakcik tu mula buka ucapan alu aluannya. Malangnye, bufday girl terperangkap kat luar ngan Ayu. Ika boleh lagi lah menyorok sebelah dinding, yang Ayu, terpaksa hadapi mukadimah pakcik tu yang agak pedih dan terus menusuk ke pangkal hati. Tahu kita orang dalam rumah macam mana? Yang aku dah lari menyorok dalam bilik air ngan dua orang lagi member aku. Yang lain dah menyorok kat dapur ngan lam rumah gara gara bimbang pakcik tu terkam kita orang dari luar. 2 minit lepas tu die balik rumah, kita orang yang selamat lam rumah ni cit cat ngan mangsa2 yang ada kat luar tu apebenda yang pakcik tu bebelkan kat kita orang.. Bebelan tu aku tak sertakan sebab aku dah lupa apa yang dia cakap..:)
Habis satu bab, bab kedua pulak jadik bila last puasa. Kita orang main mercun. pakcik peguam sebelah rumah pulak sound kita orang dari atas. Ya Allah, dimalukan lagi. Tapi yang ini memang salah kita orang dan jiran sebelah rumah jugak. Sekali main mercun bola. Mahu tak mencekak pinggang pakcik peguam tu. Terkezut kot dengar mende tu tambah tambah lagi Master Badroom betul2 kat depan tu. Last last masing masing main bunga api je. Menjimatkan tenaga, menjimatkan kekurangan pahala pakcik pakcik kat situ. Yelah, yang tak keluar sound kita orang mungkin duk maki hamun kita orang lam rumah kan? Who Know ??
Bab tiga, balik je dari kampung. Ada pulak hal lain yang jadik. Masalah remajalah boleh aku rumuskan. Memang terkejut first first hadapi mende tu tapi lepas je kita orang face to face dengan housemate kita orang yang buat masalah tu, semua selesai. Aku kesian dengan dia tapi bila fikirkan apa yang dia buat, jiwa aku jadi separuh2. Lama2 aku dah boleh lupa dengan apa yang dia buat sebab aku tahu ' Manusia Tak Lepas Dari Buat Silap' Its rite ? Apa pun yang dia buat, aku cuma anggap semua tu kesilapan dia dan kita sebagai kawan, sewajibnya tolong dia. Aku pernah hadapi hal yang lebih rumit dari ni, jadi aku cuma fikir positive, Manusia boleh berubah. Sekarang pun atas hal yang hampir sama aku dah dapat anak buah. Dari mana? Entah.. tapi yang pasti bukan family aku. Dia anak yang mungkin tak diiktiraf tapi dia suci dari sebarang dosa, itu yang buat kasih sayang aku jatuh buat baby comel tu. Apa yang jadi bukan dia yang minta, mungkin silap mak ayah dia tapi Just bygones be bygones. Bukan kerja kita nak adili orang lain kan?
Aku yakin satu masa ada sinar untuk dia hidup bahagia.. I love her since the first time i see her pure and clean face. Dia mungkin tak beruntung dengan status dia tapi dia beruntung sebab dia ada 5 orang mama lagi kat belakang termasuk akulah tu :D Hal ni memang tak ada kaitan dengan housemate or collegemate aku. Jadi jangan salah faham.. Juz be positive :)
Haih, cerita untuk Sem 3 berakhir kat sini. Banyak lagi sebenarnya tapi tak larat dah tangan eden ni ha menekan keypad laptop ni. Nanti ada masa, ada kudrat saye bercerita lagi ye ? Bye2.. gud nite Assalamualaikum blogheart !
P/S : Apa yang baik dan terbaik itu datang dari Allah SWT dan apa yang buruk, silap, salah semuanya datang dari saye. Maaf andai ada yang terkasar dalam setiap penulisan ni :D

Comments
Post a Comment