dunia dunia dunia

hari ini kurasakan dunia tidak adil denganku.. dunia ok bukan takdir. lepas aku punyalah struggle macam nak final study untuk amik test komputer. Sekali failed. Omak aiii frust menonggeng tunggeng aku ni. Rasa macam x sdar je tgk markah. Hampeh betul. 

Okay, memang salah aku sebab x bace leklok tapi downnya rsa macam gagal final bak hang tambah2 lagi bila kena selongkar poket seluar nk bayar balik booking test tu. Melayang2 RM 17 hinggit aku depan mata. Rasanya kalaulah selamat lagi duit tu dengan aku bolehlah aku beli cekodok tepi jalan ke, air batu campur ke tapi dh tkdir penentu segala. RM 17 ku hilang kerana kuasa JPJ !

Bila aku tengok muka makhluk2 Allah sorang2 depan aku rasa macam akulah manusia paling teruk arini. Hari ni je k ? Sekali dh gagal tu rasa macam payah nk bangun balik tapi bila aku duk termenung tengok apa2 melintas depan mata aku wlhal seekor semut sekalipun, aku rasa sepatutnya bersyukur sebab diberi dugaan ni.

Alhamdulillah. Beb, bila Allah bagi dugaan maknanya Allah sayangkan kita. Semua manusia ada masalah, ada kesulitan dan percayalah Allah bagi sesuatu yang mampu kita pikul. Bukan makin membebankan kita. Kalau nak bandingkan orang lain langsung tak boleh merasa apa yang kita rasa macam mana keadaan dorang? 

Tapi dalam duk aku membebel ni, terfikir gak anak2 orang kaya, anak2 raja ke ade masalah ke x eh?  Adaaa.... mesti ada punya. Kalau bukan masalah ni, masalah tu dan seterusnya ntah2 dorang lagi teruk dari kita yang bese2 ni kan? Hidup ni dah terlalu sempurna aturannya. Aturan takdir Allah SWT.

tetiba teringatkan Afiq Muiz. Ha... betullah tu. Afiq tulah. Afiq Muiz yang ensem2 muka macam Remy Isyak pun ada ala2 hindustani pun ada. Afiq Muiz tulah. Just terfikir dengan apa yang dia orang anak beranak tengah lalui sekarang. Aku buka fB pasal dorang, twitter pasal dorang, newspaper apetah lagi. aku tak boleh bayangkan macam mana nak berdepan dengan masalah macam ni. aku ni memanglah jenis yang positif, in sha allah, aku akan doakan hubungan antara Afiq ngan umi die akan baik macam biasa. Semoga Afiq berubah jugak demi mak n adik2 dia.

Marah macam mana sekalipun, merajuk macam mana sekalipun kita yang muda ni lebih baik mengalahlah kan? Ati seorang ibu ni macam sehelai tisu. Kita titiskan setitik air pun boleh buat tisu tu berlubang. Kalau boleh keringkan macam tu je bolehlah elok balik kalau langsung tak boleh macam mana? Merana idup kita ni dunia akhirat.

 Tengok mk sdih pun rasa macam kita ni anak yg x guna. Betul ! Tulah yang aku rasa. Selagi mampu aku tak nak tengok setitis pun air mata mak aku mengalir kecuali yang mengembirakan dia. Sakit weh ati ni bila tengok mak ayah kita nangis sebab kita pula tu.

Aku tak suka hakimi orang macam tu je tapi sebagai perempuan juga aku faham kenapa si eina tu marah sangat ngan mak si Afiq. Tapi she is older than you dik ! kalau masing2 cuba maaf bermaafan, bawa berdamai ntah2 mak Afiq tu sendiri  boleh pegi pinang si Eina ( hamboiiii aku plak lelebih ni karangggg...) Api kalau makin disimbah minyak tanah tu bukannya apinya makin padam ye adik2 sekalian. apinya akan makin menjulang2. 

Aku dah jauh terpesong dari tajuk entri aku ni. Tapi betullah, aku x sabar nk tahu pengakhiran kisah sedih incik Afiq Muiz yg aku minati ni. Aku tak nak weh dia jadi anak derhaka. Moga2 terbukak pintu ati dia maafkan mak dia dan perbaiki kesalahan diri sendiri jugak. Nobody perferct man ! Nobody even you or your mom ! Tapi ingatlah, kuasa seorang ibu mengatasi segala2nya.

Dan bila aku terbaca blog adik si Afiq ni rasa cam sayu2 gak dalam ati tengok family bahagia dia. Fikirkan tentang adik2 dan abang awk jugak ye incik Afiq. You the big bro man ! muehheehhe

in sha allah, aku nak doakan mereka temui jalan penyelesaian sebab aku tahu sakitnya bila bergaduh dengan darah daging sendiri terutamanya seorang ibu yang terlalu lalu banyak jasanya kepada kita. ( jgan salah sangka ambe belum penoh buat gitu. Ambe nin anok lurus bendul sikit) kekekeke

Banyak benda jadik arini, need some rest. Good Nite.. Assalamualaikum :D
Love Mak abah <3


honestly very honestly
HanieZuleeyazJr :D








Comments

Popular Posts