Pulau Perhentian Kecil,Kuala Besut Part 2
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Happy Independence Day kawang-kawang! Even harini dah 020917 ngehngeh
Selamat Hari Raya AidilAdha juga.Awak semua berkorban apa je tahun ni?Hihi ..Semoga berbahagia di Hari Raya Aidiladha semuanya...
Kali ni kita nk up pasal vacation kita orang lepas dah settle daki Windmill. Kita orang turun dari puncak kira-kira 615petang. Kita orang 6 orang sangatlah caring to each other tau.Hahaha pantang terdengar jeritan manja salah seorang mesti yang lain jadi kalut semacam.Sibuklah pusing belakang tanya okey ke idokk.Yang paling dibimbangkan adalah Siti Syafira Amirah.Hahaha sorry Siti tapi sampai laa ni kalau ingat cara awk masa nak daki bukit tu saya rasa macam nk pecah perut tahan suka.Comel sgt!! hahahah sekali lagi .Orang lain memang steady, Adawiyah,Wani, Nisah dan Zam kuat betui oi stamina. Aku? Ofcourselaaa okey jugak! Hahaha
Masa turun ni kita orang terpaksa follow adik-adik jiran semua sebab takut tersesat jalan.Keadaan masa tu pun dah hampir gelap. Tapi sebenarnya tak payah risau pun sebab jalan tu mudah je nak turun ke bawah.One way je tak ada belok-belok pun.Cuma korang kena ingat jalan mana yang korang lalu kalau tak nak tersesat (Minta dijauhkan)
Dah sampai bawah,kita orang sempat pergi Long Beach sekejap jalan-jalan ambil angin sementara nak tengok suasana pantai tu yang boleh dikira memang terkenal kalau di Perhentian ni.Dah selesai ambik gambar penuhkan memori handphone masing-masing,kita orang terus balik bilik sebab waktu masa tu pun dah nak magrib. Hajat untuk mandi pantai masa tu terpaksa dikuburkan sebab waktu amat mencemburui kami hikhikkk
Ini je gambar yang sempat snap waktu dekat Long Beach.Sayang betul baru nak tengok Fire Show yang macam dalam cerita Hero Seorang Cinderella tu alih-alih hujan turun dengan lebatnya.Syukurr hujan waktu malam dan bukan waktu siang kalau tak haru jugak plan kita orang nak hiking windmill.
Balik bilik semua dah basah kuyup kena hujan terus get ready nak tido.Tak ada plan lain sebab cuaca tak begitu memihak.Perjalanan nak ke Long Beach dari chalet kita orang dekat je cuma korang perlu bawa torchlight sebab jalan nak ke pantai memang xde lampu jalan ke apa.Untuk keselamatan juga jangan buat-buat berani ada kuasa power nak g jalan sorang-sorang yea untuk yang perempuan tu.Better walking by group atleast 2 or 3 person.Jalan tu sangat gelap dan kiri kanannya pula hutan.Be carefull okey ladies!Kalau yang lelaki tak kisah sangat sebab diaorang memang superhero ngehngeh.
Syiokkk woii tido dalam hutan sambil dengar bunyi hujan.Hahahha acah-acah budak bandar sikit padahal rumah sendiri pun dalam hutan kikikiki
Vacation Day 2 (26/08/2017)
All right..Hari kedua ni kita orang pergi 6 trip snorkeling. Sebenarnya kita orang dah plan nak satu bot dengan adik-adik comel tu senang boleh buat geng.At last dorang offer untuk kita orang join dorang sekali.Thank youlah adik-adik tak payah akak-akak ni semua tebalkan muka nak minta join korang hahaha.
Kita orang start daftar nama dekat reception pukul 9. Pukul 10 kita orang dah gerak turun Coral Bay untuk tunggu bot. Tunggu punya tunggu bot kita orang sampai dekat pukul 10 lebih.Sempatlah bersembang dan kenal-kenal dengan adik-adik sebelum bot sampai.
SWANZA & adik-adik dekat belakang.
First trip kita orang ke Shark Point. Masa ni semua dah tak sabar nak terjun dalam laut tengok jerung.Aku pula cuak gila sebab ingatkan tak pergi ke Shark Point sengaja aku lambat lambat kayuhkan diri sendiri sebab memang aku tak nak dekat dengan jerung tu.Terbayang haa segala cerita jerung mat saleh punya rekaan. Tapi abang driver bot tu pula spoil tolong tarik aku ke tempat jerung tu ada. Tapi aku berlagak cool.Jatuhlah maruah beb kalau menyerah kalah.Hahaha
Lagi nak buat aku gelak bila teringat Zam dan Siti yang takut nak snorkeling.Kisahnya Siti paling last turun bot sebab takut katanya.Dia bimbang lifejacket tu buat dia tenggelam agknya kahkah sorry Siti. Last-last aku stay dekat dia tunggu dia redakan ketakutan dia dengan bergayut dekat bot.Berbuih haa mulut aku duk cakap dia takkan tenggelam,takkan lemas Insya Allah.Dah turun dalam air weii masa tu tapi dia punya takutt akan tenggelam tu sikit-sikit ugut nak naik bot balik, hahahah rasa nak bantai gelak lagi nii bila teringat HAHAHA
Wani,Adawiyh,Nisah dan Zam awal-awal dah jauh ke depan dah.Semangat betuii! Bila siti dah okey sikit,aku stay dekat dia kayuh air sama-sama*Kayuh air eh?Macam pelik bahasa aku* Dari jauh tiba-tiba aku tengok Zam kena tarik dengan abang driver bot *Tarik guna jaket *.Masa tu aku tak tahu nak gelak ke nak risau.Aku bimbanglah kalau dia lost control sampai lemas ke apa.Tapi tak logik lemas dengan lifejacket elok tersarung dekat badan. Ke ada kemungkinan jadi?
Last-last wani bagitahu dia yang panggil abang driver bot tu minta ambil Zam ke bot sebab zam letih tak boleh berenang dah.Plus dia pening kepala sikit.Masa tu aku dah janji nak jadi pelampung untuk semua orang tapi tak terjadi pula hasrat tu sebab diri sendiri pun tak boleh nak jaga masa tu hahaha balik dari snorkeling kitaorang bantai gelakkan Zam pula.Sebab the first expection kitorang fikir Siti yang akan surrender dulu tapi akhirnya Zam yang menduduki tempat pertama.Syabas mera betti! HAHAHAH sorry sahira bby.Muahh ciked :)
Second trip Coral.Masa ni ada amik gambar tapi guna GoPro pulekk!Nak transfer ke laptop usb hilang jadi berhuhulah kitaa.Tapi viewnya subhnallah sangatlah cantik weii. Dengan pasir putih,air laut yang biru rasanya kalau dapat tidur dalam air pun tak de hal der! Third trip pula Turtle Point. Masa ni pun hampeh juga satu hape aku tak nampak.Jerung tu memang sah-sah aku xnak tengok.Ini penyu semua orang boleh nampak aku pula asyik nampak timun laut je. Masa tu pun aku fikir tak apalah tak nampak apa-apa asalkan boleh berenang.Syiokk berenang sangat sampai terlupa tujuan asal nak snorkeling.
Dah settle 3 trip snorkeling,kita orang pergi makan tengahari dekat Kampung Nelayan. Disebabkan dah ambil pakej jadi bab makanan dah ready awal-awal sebelum naik bot pagi tadi.Kita orang cuma cari tempat untuk makan. Tapi dah sampai dekat Kampung Nelayan ni tak perlu risau sangat bab harga sebab berpatutan sangat kalau nak banding dengan dekat pulau sana.Tak mahal dan tak murah.Kedai pun banyak .Lebih kurang pukul 215 tengahari kita orang naik bot balik selepas satu jam rehat.
Forth trip is LightHouse Coral View.Korang jangan terkezut weii dekat light house ni betul-betul dekat tengah laut.Air pun tak macam dekat point-point lain.Warna airnya macam hijau zamrud ala-ala.Dah tahu memang sah dalam tu.Masa ni ada yang stay atas bot.Aku,Wani,Adawiyh dan Nisah je yang turun nak tengok coral.Tapi sumpah wa cakap lu..cantik gila!Aku haa sampai terjerit-jerit dalam air tu punya teruja.Tapi sayang seribu kali sayang tak sempat shot pula. Lupa masa tu bawa GoPro. Hmm tua dah aku ni.
Tapi ombak dekat lighthouse ni memang lain macam sikit.Mungkin sebab tengah laut kan?Adawiyah dan Nisah dah naik atas bot tapi Aku dgn Wani still dekat belakang.Bila nak ke bot terasa jauh betul perjalanan sampaikan kitaorang rasa letih gila.Nak kayuh pun kaki dan tangan rasa penat semacam. Wani dah takut-takut sebelah aku sebab dia kata walaupun dia berenang tetap tak sampai-sampai dekat bot.Aku pun dah cuak.Nasib baik ada adik-adik dekat belakang tak adelah risau sangat.Tapi diorang pun ada cakap terasa makin ke belakang,kalau berenang pun rasa tak bergerak.Aku berenang dan tarik wani ke depan .Bila wani ke depan aku buat kuak lentang pula dekat belakang hahah tu je satu cara nak cepat sampai ke bot sebab dah letih sangat nak berenang. nasib baik bergerak wei!Hahaha
Sampai atas bot masing-masing riuh bila tengok jarak bot dengan light house tu sangat jauhhh.Patutlah rasa jauh sampai habis tenaga berenang rupanya bot yang bergerak.Tali tak cukup kuat masa tambat kot.Agaknyalah.Tapi serius letih dan scary juga.Tapi korang tak perlu risau,tak ada apa-apa pun sebenarnya.Insya Allah All is Well jangan takut-takut kalau snorkeling dekat light house ni sebab view yang korang nampak nanti sangatlah cantik.Serius rugi kalau datang kesini tapi tak turun. cc : Zam & Siti hahaha. Pstt!Aku dengar ada kes orang meninggal dekat sini tak lama dulu masa buat lompatan dari lighthouse tu.Wallualam..
Last trip is Romantic Beach!Pehh romantik betul beb. Cantik betul view dia.Nak bergambar pun memang superb.Sesuailah untuk yang halal-halal tu nak beromantik dekat sini. Dekat sini ada ikan nemo yang wane oren tu.Tapi kenapa aku nampak wane kuning?Bolehlah consider sebagai nemo jugakan?Mak pak lain kot pasaitu wane lain sikit.Lama juga kita orang dekat sini sebab dah last point bolehlah lepak lama sikit dalam air. Bot lain siap pasang lagu Saleem wa tak tahan tu. Sampai terikut-ikut kita orang menyanyi wei.
Hahaha bestt!Serius best dapat santai dengan kekasih kekasih awal dan akhir aku.First time gila kita orang mandi pantai sama-sama. Aku rasa first timelah kot sebab seingat aku selama duduk dekat kampung belum pernah kita orang mandi pantai sama-sama walaupun jarak pantai dengan rumah kita orang tu sangatlah dekat. Aku rasa salah satu faktornya adalah sebab mak ayah tak kasi mandi laut tanpa pengawasan orang tua.Sebab tu bila dah datang sini semua macam dah lupa diri kahkah.Memori yang takkan gua lupa sampai mati kot hihi Tq and i love you guys coz we make it,SWANZA!!
Romantic Beach! I love youuu because you soo beautiful!! *Gambar ehsan google
Await hang?Kentut dalam air ehh?
Light house yang scaryyyy..bak kata Wani
ngehgeh
Pro lah tu kunun? :|
Kak Sah(Tudung biru) duk teropong mende tuu? Hahaha sharelahh dengan kami
Yang duk tunjuk peace dan small love dua orang tu ajet2 berani tu tapi awal-awal surrender HAHAHA.
Bestttttt Buddyyyyyyyy Everrrrrr!!
Dari kiri : Siti, Wani, Adawiyah, Nisah, Zam, Anie
SWANZA!
*Imej kecik-kecik dalam air dekat belakang tu, yang nampak kepala tu kawan-kawan baru kita orang.Satu group perempuan.Dia orang semua sepupu sepupu dari KL dan satu group lagi adik-adik aka jiran kita orang,pun dari KL.sayangnya tak sempat kenal sangat dengan group sepupu-sepupu tu walaupun kita orang satu bot snorkeling. Ada jodoh jumpa lagi guys!
Nanti ai update part last okey! Kita orang ada bbq malam ni.Esok pula semua nak balik dahhh :(
Bye!!











Comments
Post a Comment